<< September 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Friday, January 23, 2009
Permandangan dari tepi rumah ku


permandangan dari tepi rumah.. kelihatan nun jauh di sana bukit Kodiang.. terbentang bendang selepas musim menuai padi..

Posted at 07:56 am by Syahril Rizal
Make a comment  

 
Thursday, December 13, 2007
Jenis-jenis padi / Classification of Paddy Grains

Menurut cerita Tok Wan aku, masa orang buat bendang zaman dulu, terdapat bermacam jenis padi yang ditanam di bendang. Antara jenis-jenis padi tersebut

PADI JAWI (non glutinous) Di antara jenis-jenis padi jawi - padi didik, padi mayang sesat, padi mayang tok semai, padi mayang ikal, padi mayang pendek, padi mayang pulau, padi ranggung, padi muda cik Ali, padi rami hitam, padi jarum emas, padi radin, padi pahit hitam, padi sembilan tangkai, padi mayang bilah, padi pot dan padi Cik Minah Bakar.

PADI PULUT (glutinous) Di antara jenis-jenis padi pulut - padi pulut bunga melung, padi pulut bunga tebu, padi pulut kuku burung, padi pulut sutera minyak dan padi pahit pulut hitam.

Hari ini terdapat jenis padi generasi baru yang ditanam di bendang. Dihasilkan di makmal, nama seperti Malinja, Mahsuri  dan A1 merupakan antara jenis padi yang diperkenalkan oleh MADA.

There are two main divisions of padi : padi jawi (non glutinous) and  padi pulut (glutinous). The former is the staple food of the Malays, while the later is used in the making of secondary dishes and cakes.

These two categories in turn, may be sub-divided by taking into consideration texture, shape, size, taste and colour of the husk. Padi jawi, for instance, have varieties such as the following : padi didik, padi mayang sesat, padi mayang tok semai, padi mayang ikal, padi mayang pendek, padi mayang pulau, padi ranggung, padi muda cik Ali, padi rami hitam, padi jarum emas, padi radin, padi pahit hitam, padi sembilan tangkai, padi mayang bilah, padi pot and padi Cik Minah Bakar.

For Padi pulut, we have padi pulut bunga melung, padi pulut bunga tebu, padi pulut kuku burung, padi pulut sutera minyak and padi pahit pulut hitam.

In addition to the already mentioned characteristics, the progenitors of the nomenclatures also employed comparisons of the grains to other objects of nature. The Pulut, due to its soft texture is likened to the delicateness of flowers (flowers of the crinum plant, sugar cane) or the softness of silk. A rather hard variety is likened to the bird's claws!

Grains are also named based on the charateristics of the stalks and also names of persons. Today, grains conceived in the laboratories such as Malinja, Mahsuri and A1 replaced most of the mentioned varieties due to their adaptability to the annual double cropping scheme.

behoq mentalon


Posted at 10:12 am by Syahril Rizal
Make a comment  

 
Monday, December 10, 2007
Bendang Kampung

Aku amat pasti ada antara kita yang tidak pernah mendengar perkataan Bohor Mentalon. Kampung Bohor Mentalon.. ya itulah bendang kampung warisanku..

Terletak dalam Mukim Kurong Anai dan dalam kawasan parlimen Arau, Kampung Bohor Mentalon bersempadan dengan Pida Lima 5 Lama di sebelah negeri Kedah. Orang Kedah / Perlis menyebut Bohor Mentalon sebagai Behoq Mentalon dalam loghat utara. Hari ini rata-rata orang Perlis hatta orang Kedah sekalipun menyebut Bohor Mentalon sebagai Behoq Mentalon.

Di sini aku dibesarkan dalam sebuah keluarga petani, membanting tulang empat kerat, berpanas dan berhujan mengerjakan bendang. Dari bendang tumbuhnya padi. Dari padi menjadi beras, dari beras menjadi nasi, nasi yang merupakan makanan ruji penduduk negara ini. Nasi yang mengenyangkan perut orang-orang Malaysia. Walaupun hidup sederhana dengan mengerjakan bendang, keluargaku amat bahagia.

Menurut cerita dari mulut ke mulut orang tua-tua, nama Bohor Mentalon membawa maksud seperti berikut ; bohor = pohon/pokok, mentalon = nama sejenis pokok. Sehingga kini pohon mentalon ini masih terdapat di kampungku ini.

10 Disember 2007, bendang kampung warisanku ini sudah banyak berubah. Terlalu banyak perubahan pada tahun 2007 ini jika dibandingkan dengan tahun 1987 dulu.

Alamat lama kampung Kampung Bohor Mentalon, Mukim Kurong Anai, 02600 Tambun Tulang Arau, Perlis telah digantikan dengan alamat baru Kampung Bohor Mentalon, 02600 Arau, Perlis.  

Naqsah Tok Lang Cha yang lama sudah digantikan dengan yang baru. Masjid lama kampung ini dulu terletak di simpang 4 telah dirobohkan dan digantikan dengan masjid di tempat yang baru. Tapak masjid yang lama telah dibina sebuah dewan untuk kegiatan ahli-ahli Amanah Ikhtiar Malaysia. Terdapat beberapa lot-lot kedai di bina di tapak masjid lama ini.

Hasil carian di yahoo/google, terdapat dua buah syarikat yang menggunakan nama Behor Mentalon iaitu Behor Mentalon Rice Mill Co yang beralamat di Lln 2300, Jalan Tambun Tulang, Batu 3 1/2 Kampung Behor Mempelam, 02600 Arau, Perlis dan Kilang Beras Behor Mentalon Sdn Bhd, yang beralamat di Lot 88, Behor Mempelam, 02600 Arau, Perlis.

Masih aku ingat semasa zaman persekolahan di kampung dulu. Bangun pagi-pagi waktu subuh aku dengan adik mandi di bilik air di bawah pokok ketapang tepi sungai depan rumah. Apabila terpandang air sungai yang jernih, rasa seolah-olah tidak mahu mandi.. Sejuk! Ditambah lagi dengan angin pagi yang bertiup waktu itu membuatkan seluruh badanku menggigil kesejukan. Selesai mandi aku terus bersiap untuk ke sekolah. Hari hampir cerah.. Mentari pagi mulai menyinari sawah bendang dengan warna merah keemasan yang muncul nun jauh dari puncak bukit pekan Kodiang.. kicauan burung makin galak di pagi yang hening itu.. Sungguh damai rasanya..

Selesai bersarapan ubi kayu rebus dan minum kopi O, ayah menghantar kami ke sekolah.

behoq mentalon


Posted at 02:11 pm by Syahril Rizal
Comments (2)